Followers

Google+ Followers

Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Saturday, 7 January 2017

2017

Assalamualaikum.


Hai semua. Dah masuk 7 Januari baru saya update blog ini. Nampak sangat sudah bersawang. Maafkan saya kerana terdapat masalah simkad internet saya. Jadi terpaksalah saya beli simkad baru.


Inshaallah, selepas ini saya akan kembali aktif berblogging. Harap-harap line internet lajulah. Bukannya apa, saya kena round satu rumah semata-mata nak dapatkan line internet. Last-last dekat katil juga lah yang dapat line laju.


Apa-apapun, tahun baru azam baru (ada yang recycle) dan tetap setia menggunakan produk Shaklee.

Monday, 10 October 2016

Teknik Mengangkat Barang Dengan Betul

Assalamualaikum.


Tau tak kesalahan cara mengangkat barang memberi beban kepada pinggang. Jadi, kesan pada masa hadapan ialah menyebabkan masalah sakit pinggang. Lebih baik kita mengetahui cara yang betul agar masalah ini dapat dihindari kelak.







CARA-CARA YANG BETUL MENGANGKAT BARANG

  • Pastikan kaki anda dalam keadaan teguh dan selesa, dalam kedudukan 90 darjah dan rapatkan kaki kepada barang yang hendak diangkat.
  • Bengkokkan lutut dan rendahkan badan.
  • Pastikan belakang anda tegak.
  • Angkat barang tadi ke paras abdomen anda dan angkat barang perlahan-lahan.
  • Jika barang agak berat, tampan dengan otot kaki.
  • Pastikan lutut anda bengkok ketika mengangkat barang tadi.
  • Dapatkan bantuan jika barang terlalu berat untuk diangkat seorang.
  • Gunakan troli atau peralatan lain untuk mengalihkan barang yang berat.



Okay. Itu semua cara-cara yang betul untuk mengangkat barang. Jadi saya nak tanya, adakah anda tahu cara yang salah untuk mengangkat beban? Adakah anda sendiri melakukan cara yang salah semasa mengangkat beban?






CARA YANG SALAH SEMASA MENGANGKAT BEBAN

❎ Jangan angkat barang yang terlalu berat.

❎ Jangan membengkokkan badan (pada pinggang) ketika memungut barang.

❎ Elakkan daripada memusingkan pinggang ketika membawa barang berat.

❎ Jangan angkat berat melebihi kepala.

❎ Elak daripada mengangkat barang secara cepat atau mendadak. Agihkan berat beban.  Pastikan anda mengangkatnya di tengah, dengan itu beban sekata di kiri dan kanan.

❎ Jangan sekali-kali angakat barang berat apabila memakai kasut tumit tinggi.

❎ Jangan angkat barang berat sekiranya anda pernah mengalami atau menghadapi masalah sakit belakang.




Jadi kalau boleh elakkan daripada mengangkat beban dengan cara yang salah walaupun dah jadi habit diri sendiri.



Kredit


Boleh bertanya, membeli, mendaftar dan mendapat nasihat cara pemakanan daripada saya, pengedar Shaklee yang sah.



Khadijah 
ID : 1226555
0193745642
(sms / whatsapp sahaja)

Sunday, 9 October 2016

Siapa Stress Kena Baca !

Assalamualaikum.


Hari ini kita lari topik daripada kisah Shaklee. Okay, tipulah kalau tak ada orang yang stress atas bumi ni kan?


Ada banyak faktor yang sebabkan kita stress. Belajar, bekerja dan hubungan dengan orang sekeliling boleh jadi penyebab kita jadi stress. Sebenarnya antara masalahnya kita jadi stress sebab kita hanya fikirkan satu perkara secara terlampau sampailah kita sendiri yang jadi kusut.


Jadi hari ini saya nak share tentang cara-cara yang kita boleh buat untuk kurangkan stress.


1. Melompat!

Cara ini berkesan untuk saya. Selalunya bila dah stress sangat lepas study, saya buat lompat bintang. Dah alang-alang tengah dengar lagu dekat radio tu menarilah sikit sampai rasa berpeluh. Bila dah rasa penat, rileks kejap. Ha... mungkin dah rasa kurang stress tu.


2. Melukis!

Eceh... mentang-mentanglah STPM ni ambil subjek seni, terus bagi tips suruh korang melukis ya. Betul. Bila kita mula melukis, kita akan lupa segala masalah. Kita akan bagi concentrate pada lukisan. So, kita tak ingat lagi dekat masalah yang buat kita stress. Cuma masalahnya bila melukis ni, susah nak stop. Jadi berkemungkinan akan drag masa korang kalau tak berdisiplin macam saya.


3. Tidur!

Kadang-kadang kita ni banyak kerja bertimbun. So, terpaksa tidur pagi dan bangun waktu pagi. Hahaha. Ini memang pengalaman sendiri. Jadi bila dah tiba waktu petang, nak tak nak kena tidur. Jadi barulah badan boleh rileks. Otakpun berehat kejap. Tapi kadang-kadang sampai tidurpun kerja ataupun masalah yang korang ada akan muncul juga. Hrmm...


4. Bercakap je!

We are human. We need to talk. Bercakap ni tak semestinya bercakap dengan orang. Bercakap dengan benda pun boleh. Contohnya katil ke, dinding ke... Eh? Gila ke apa?!
Hahaha. It sound like crazy. Tapi rasanya itu lagi okay daripada ada barang yang jadi superman sebab stress yang melampau. Jadi jangan takut. Bercakap je. Tips untuk secure lebih tu kenalah pastikan tiada orang yang tak berkenaan daripada tertengok korang yang tengah membebel sorang-sorang dekat tiang katil.



5. Solat!

Kita manusia yang selalu lupa yang Dia selalu ada. Jarang-jarang dahi kita menyentuh lantai dan meluahkan masalah kepada dia. Kadang-kadang lepas tu kita akan lega bila kita dah solat.
Time bersujud tu luahkan permintaan dalam hati. Dan waktu berdoa set dalam otak- Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui. Dia Maha Berkuasa. Dan Dialah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
So, tak adalah korang rasa stress bila dapa rasa yang Dia sangat-sangat sayang dekat korang tau.


Trylah. Kadang-kadang kita tak boleh ikut cara orang. Semua orang adalah unikk dan ada jalan serta cara yang tersendiri. Find your own way. So, you will be more happy than before :) *wink*


Apa-apapun sebelum berhenti menaip, saya nak ingatkan masih ada baki beberapa hari lagi untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee plus dapat free lecithin dan vitamin c. Boleh klik sini. 


Bye.


Boleh bertanya, membeli, mendaftar dan mendapat nasihat cara pemakanan daripada saya, pengedar Shaklee yang sah.



Khadijah 
ID : 1226555
0193745642
(sms / whatsapp sahaja)

Friday, 16 September 2016

Selamat Hari Malaysia

Saya ingin mengucapkan selamat hari malaysia kepada semua rakyat malaysia.

Kepada yang masih bercuti, selamat bercuti.

Semoga cuti ini digunakan sebaik mungkin sama ada berehat, beriadah ataupun meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga.