Followers

Monday 10 October 2016

Teknik Mengangkat Barang Dengan Betul

Assalamualaikum.


Tau tak kesalahan cara mengangkat barang memberi beban kepada pinggang. Jadi, kesan pada masa hadapan ialah menyebabkan masalah sakit pinggang. Lebih baik kita mengetahui cara yang betul agar masalah ini dapat dihindari kelak.







CARA-CARA YANG BETUL MENGANGKAT BARANG

  • Pastikan kaki anda dalam keadaan teguh dan selesa, dalam kedudukan 90 darjah dan rapatkan kaki kepada barang yang hendak diangkat.
  • Bengkokkan lutut dan rendahkan badan.
  • Pastikan belakang anda tegak.
  • Angkat barang tadi ke paras abdomen anda dan angkat barang perlahan-lahan.
  • Jika barang agak berat, tampan dengan otot kaki.
  • Pastikan lutut anda bengkok ketika mengangkat barang tadi.
  • Dapatkan bantuan jika barang terlalu berat untuk diangkat seorang.
  • Gunakan troli atau peralatan lain untuk mengalihkan barang yang berat.



Okay. Itu semua cara-cara yang betul untuk mengangkat barang. Jadi saya nak tanya, adakah anda tahu cara yang salah untuk mengangkat beban? Adakah anda sendiri melakukan cara yang salah semasa mengangkat beban?






CARA YANG SALAH SEMASA MENGANGKAT BEBAN

❎ Jangan angkat barang yang terlalu berat.

❎ Jangan membengkokkan badan (pada pinggang) ketika memungut barang.

❎ Elakkan daripada memusingkan pinggang ketika membawa barang berat.

❎ Jangan angkat berat melebihi kepala.

❎ Elak daripada mengangkat barang secara cepat atau mendadak. Agihkan berat beban.  Pastikan anda mengangkatnya di tengah, dengan itu beban sekata di kiri dan kanan.

❎ Jangan sekali-kali angakat barang berat apabila memakai kasut tumit tinggi.

❎ Jangan angkat barang berat sekiranya anda pernah mengalami atau menghadapi masalah sakit belakang.




Jadi kalau boleh elakkan daripada mengangkat beban dengan cara yang salah walaupun dah jadi habit diri sendiri.



Kredit


Boleh bertanya, membeli, mendaftar dan mendapat nasihat cara pemakanan daripada saya, pengedar Shaklee yang sah.



Khadijah 
ID : 1226555
0193745642
(sms / whatsapp sahaja)

1 comment: