Followers

Friday 16 September 2016

Menang Book Giveaway by Abam Kie and Friends

Alhamdulillah menang buku giveaway daripada Abam Kie :)

Selamat Hari Malaysia

Saya ingin mengucapkan selamat hari malaysia kepada semua rakyat malaysia.

Kepada yang masih bercuti, selamat bercuti.

Semoga cuti ini digunakan sebaik mungkin sama ada berehat, beriadah ataupun meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga.

Tuesday 13 September 2016

Kenapa Vitamin C Shaklee ada Citrus Bioflavonoids?

Tak kenal maka tak cinta.


Ehem, itu untuk manusia. Tapi kalau untuk Shaklee, tak kenal maka rugilah.


Sebelum saya menceritakan kenapa vitamin c Shaklee ada citrus bioflavonoids.. Saya akan bagitahu dahulu tentang bioflavonoids.


Jadi...


Apa Itu Bioflavonoids? 

Bioflavonoids juga dikenali sebagai flavonoids atau pada asalnya dikenali sebagai kumpulan sebatian vitamin P. Bioflavonoids ini telah ditemui pada  tahun 1936 lagi. Bioflavonoids boleh didapati daripada buah-buahan yang memiliki vitamin c yang tinggi.

Fungsinya sebagai pelengkap kepada vitamin c agar boleh bertindak dengan lebih baik. Manakala badan pula boleh menyerap vitamin c dengan lebih berkesan.  Rutin, quercitrin, hesperidin, naringin merupakan sebahgian daripada citrus bioflavonoids.

Kandungan bioflavonoids di dalam buah hanya tinggi jika diambil semasa dalam kedaaan segar. Hal ini kerana kandungan antioksidan di dalamnya akan berkurangan sekiranya dibiarkan dengan lebih lama. 

Sebab itu jugalah jus buah yang terdapat dipasaran tidak bagus buat kesihatan kerana memiliki kandungan gula yang banyak. Manakala kandungan bioflavonoidsnya sudah berkurangan dari masa ke masa.

Bioflavonoids mengandungi empat kategori menurut kajian University of North Carolina School of Pharmacy iaitu PCO (Proanthocyanidins), Quercetin, Citrus Bioflabonoids dan Green Tea Polyphenols.

Citrus bioflavonoids boleh diambil sebanyak 2000mg sehingga 6000mg sehari. Pengambilan citrus bioflavonoids juga selamat, tiada kesan sampingan buat diri dan selamat buat kandungan wanita yang hamil.





Buah dan sayuran apakah yang mengandungi Bioflavonoids?


1. Strawberi

2. Brokoli

3. Bawang putih

4. Bayam

5. Buahan sitrus - limau, lemon dll

6. Buahan tropika - betik, mangga dll

7. Teh - teh hijau dll



Kenapa perlu ambil Bioflabonoids?

1. Anti-penuaan,

2. Mengurangkan risiko sakit jantung,

3. Mengurangkan kadar kolestrol dalam darah,

4. Menguatkan dinding salur darah,

5. Mengurangkan hipertensi,

6. Mengurangkan pendarahan,

7. Merupakan antioksidan,

8. Mengurangkan rasa nyeri,

9. Membentuk penghalang pelindung terhadap jangkitan,

10. Semestinya membantu penyerapan vitamin c agar dapat memberi khasiat kepada diri.



Untuk mendapatkan vitamin C Sustained Release Shaklee, anda boleh menghubungi saya.


Khadijah 
ID : 1226555
0193745642
(sms / whatsapp sahaja)

Saturday 10 September 2016

31 DOA HARI ARAFAH

Besok merupakan Hari Arafah. Jadi pada malam ini saya ingin berkongsi sebanyak 31 doa Hari Arafah.


Semoga kita tidak terlepas waktu tersebut besok. Amiin.



Antara beberapa doa yang boleh kita berdoa sempena Hari Arafah, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan suamiku / isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  

Insya Allah waktu Wuquf d Arafah akan bermula waktu Zuhur hingga Maghrib pada 9 Zulhijjah bersamaan  11/9/2016 Waktu M'sia 5.30 pm -11.00pm. (jangkaan). 

Gunakanlah waktu ini untuk berdoa kerana ini adalah waktu yang amat mustajab. Selamat Beribadat! 

:)

Tuesday 6 September 2016

3 Sebab Utama Perlu Mengambil Vitamin C SR Shaklee

Hari ini saya ingin membuktikan kepada anda, kenapa anda perlu mengambil vitamin C Shaklee?


Dan kenapa hanya 3 sebab sahaja sedangkan vitamin c Shaklee ada terlalu banyak kelebihan?


Sebenarnya saya sendiri mengamalkan vitamin c ini walaupun selalu on off. Tetapi saya sendiri merasakan 3 perbezaan setelah mencuba produk Shaklee ini.








1. GUSI BERDARAH

Semenjak belakangan ini saya sering mendapati gusi saya tiba-tiba berdarah. Tak suka tau.

Tapi bila saya makan vitamin c ni, dah jarang gusi saya berdarah kecuali waktu gosok gigi.




2. MASALAH KULIT GATAL

Saya ada masalah kulit dari kecil lagi. Doktor kata allergic. Tapi pernah ambil satu jenis air (tak ingat) masalah kulit hilang.

Tapi  sekarang ada masalah kulit gatal balik.

Memang sangat-sangat tak selesa.

Apa yang saya rasa bila makan vitamin c ini, masalah kulit gatal mulai berkurangan :)




3. SELALU DEMAM

Ada tak orang yang jenis selalu demam? Tiap-tiap bulan mesti demamlah... selesemalah.

Saya selalu rasa tak sihat.

Saya ingin mecadangkan kepada anda untuk cuba mengambil vitamin c ini kerana demam atau selesema akan hilang dengan lebih cepat.


Anda boleh mendapatkan produk Shaklee ini daripada saya, distributor Shaklee yang sah.



Monday 5 September 2016

Promosi Shaklee September 2k16

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya. Walaubagaimanapun pagi ini saya mencuba untuk meluangkan sedikit masa untuk memberitahu kepada anda mengenai produk shaklee pada bulan ini iaitu bulan September.

Sebab... sangat rugi jika anda tidak beli pada promosi kali ini !


Wah ! Memang rugi jika anda tidak membelinya. Anda boleh membeli produk ini daripada saya, pengedar Shaklee anda yang sah.


Sila hubungi saya,
Khadijah 
ID : 1226555
0193745642
(sms / whatsapp sahaja)